Friday, March 12, 2010

Lawatan Pertama Ke Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam Tambun

Buat kali pertamanya, kesemua keluarga Love Symphony berpeluang bersua muka bersama anak-anak yatim di Darussalam, Tambun, Perak setelah Berjaya mengatasi kekangan masa yang tidak mengizinkan di kolej. Perjalanan yang memakan masa hampir 5-6 jam lebih (berikutan lalu lintas yang sesak semasa cuti tahun Baru Cina), akhirnya kami tiba di rumah anak-anak yatim Darussalam pada jam 10 malam.


Tujuan utama lawatan pertama kali ini adalah untuk pelancaran program SKOR A untuk anak-anak yatim yang dilihat berpotensi. Namun, pelancaran SKOR A bukanlah merupakan aktiviti tunggal semata-mata, di mana kami telah berjaya melaksanakan beberapa aktivi sampingan lain – ta’aruf, explorace, nightwalk, senamrobik, radio rosak dan beberapa aktiviti lagi – yang ternyata telah menarik minat anak-anak yatim di sana. Aktiviti sampingan yang dijalankan bukanlah hanya untuk tujuan keseronokan, malahan merupakan salah satu alat untuk menarik minat anak-anak yatim di sana ke arah pembelajaran akademik. Kemudian, barulah pengenalan SKOR A dilancarkan. Sementara itu, keluarga Love Symphony telah dibahagikan secara berpasangan untuk mengambil anak-anak yatim di sana sebagai adik-adik angkat supaya kami dapat lebih mengenali mereka. Lawatan yang berlangsung selama 3 hari di sana telah berjaya membina hubungan yang erat antara keluarga Love Symphony dan warga rumah anak-anak yatim Darussalam di sana.sepanjang keberadaan kami di sana, kami telah dilayan dengan sangat baik oleh Umi dan Ustaz (pengasas kepada rumah anak-anak yatim Darussalam) serta warga yang lain di sana.Sebelum berangkat pulang pada hari terakhir di rumah anak yatim DarussalamJAkhir kata, keluarga Love Symphony ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak – Umi dan Ustaz serta semua anak-anak yatim, pihak yang menyumbangkan sedikit-sebanyak dana, sponsor-sponsor, warga KMB, guru-guru, serta rakan-rakan dll – atas semua sumbangan, sokongan dan kerjasama yang padu sepanjang menjayakan lawatan kali ini. J Insya-Allah, lawatan kali kadua akan menyusul dalam waktu terdekat ini dengan pelbagai lagi aktiviti serta pengisian yang lebih baik. Sekian.

~sedikit gambar sepanjang 3 hari kami disana...
 
riadah pagi

slot kenapa perlu belajar oleh Dr. Saadiah

riadah petang a.k.a. explorace

hasil kreativiti adik-adik

aktiviti malam terakhir

pelancaran skor A

anugerah adik lelaki terbaik
 
anugerah adik perempuan terbaik

No comments: