Sunday, March 14, 2010

Laporan Kewangan V 1.0


Pada mesyuarat yang lalu, jemaah mesyuarat Love Symphony telah meluluskan satu resolousi keatas draf kewangan Love Symphony Inc, dan antara draf yang terkandung didalam resolusi ini ialah, beberapa pergerakan wang dijangka akan berlaku, terutamanya kemasukan pelaburan dari luar yang dijangka akan selesai 21 Mac ini. Antara pergerakan aliran wang yang telah dirancang ialah melalui derma dari pelbagai sumber ekonomi, seperti surau-surau tempatan, masjid-masjid dan individu perseorangan. Setiap ahli lembaga pengarah Love Symphony Inc telah diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Love Symphony Inc, Muhammad Faiz Kadir dan Pengarah Bahagian Penajaan, Muhammad Asif Fahmy bagi menggerakkan kudrat mengutip derma dengan berbekalkan surat pengesahan dari Kolej MARA Banting. Selain itu, Bahagiaan Penajaan Love Symhony kini turut bergerak mencari tajaan dari syarikat korporat, seperti yang sedang dijalankan oleh beberapa wakil Love Symphony, seperti Shukriah Razak di CCM Pharmaceutical. Selamat berjaya diucapkan kepada semua ahli Love Symphony Inc dan semoga dipermudahkan Allah dalam menjalankan urusan anda.

4 comments:

marshmallowkid said...

gudluck untuk sume!!!
aza! aza! hwaiting!!

Love Symphony Inc said...

haha..gudlak ntok sume gak!

Anonymous said...

hoola2
chaiyok2

Anonymous said...

chaiyok sume..troskan usaha..
niat baek..Allah tlg..