Thursday, March 25, 2010

Next Visit to Maahad Darusslam...Lawatan Kedua akan datang...

After having a successful efforts in implementing the programs and activities as planned in the first visit to the orphanage Darussalam a month ago, all the Love Symphonians have arranged for a second visit as a "follow up" to our first visit. Insya-Allah, around the corner; March 26, 2010 - 28 March 2010. In this second visit, rugby club of MARA College Banting will join the visit of the Love Symphony to the orphanage house Maahad Darussalam. They will help to expose the orphans to the various of sports especially rugby and will bring the orphans to watch the live friendly match between players of MCB and the players of KPM Seri Iskandar at the STAR’s field, Ipoh.

Apart from that, the planning units of Love Symphony has been designing some new activities to meet the objectives of the visit; 1) Increase awareness of the academic and 2) apply the program of E-Learning (Score A) for the orphans there. The execution of the activities planned for this visit will be assisted by the rugby club.

Apart of the plans are “Get to Know” between orphans there with rugby club members, “Drawing Session” (to identify their imagination), “Explorace” (based on the implementation of academic awareness), E-Learning (Score A), and “Barbeque” (to strengthen the relationship with the orphans of Maahad Darussalam) and “Performance Night” (to entertain the orphans).

Due to the objectives set for this visit, most of organized activities or programs are planned based on academic awareness in order to open their eyes (the orphans) about the importance of knowledge and excitement of learning. The implementation of these activities are quite different from the first visit’s where the main focus was to build a better relationship between us and the orphans there. Therefore, the orphans will gain more confident, high self-esteem and will have more awareness on the importance of current knowledge.

We are hoping that this visit will be done successfully as planned. Thank you to all parties who have been involved directly or indirectly ways in managing this visit. To all love Symphonians, it is hoped that we can mobilize together in our efforts to achieve the objectives that we set for this project. insyaAllah.. insyaAllah ..

Setelah berjaya dalam usaha melaksanakan program-program serta aktiviti-aktiviti sebagaimana yang telah dirancang dalam lawatan pertama ke Rumah Anak Yatim Darussalam yang lalu, kami ahli Love Symphony telah mengatur untuk lawatan kedua sebagai "follow up" kepada lawatan pertama kami. InsyaAllah dalam waktu terdekat; 26 Mac 2010 - 28 Mac 2010. Dalam lawatan kedua kali ini, kelab ragbi Kolej MARA Banting akan menyertai Love Symphony ke Rumah Anak Yatim Darussalam. Mereka akan membantu mendedahkan aktiviti sukan kepada anak-anak yatim di sana dan akan membawa anak-anak yatim untuk menonton secara langsung perlawanan persahabatan bersama pemain ragbi KPM Seri Iskandar di padang STAR, Ipoh.

Di samping itu, unit perancangan Love Symphony telah merangka beberapa aktiviti baru bagi menepati objektif lawatan;
1) Meningkatkan kesedaran akademik untuk anak-anak yatim dan 2) Mengaplikasi program E-Learning (SKOR A) untuk anak-anak yatim. Aktiviti yang dirancang ini akan dibantu oleh ahli kelab ragbi dari segi pelaksanaan.

Antara aktiviti yang termaktub dalam perancangan ialah suaikenal antara anak-anak yatim di sana bersama ahli kelab ragbi, lukisan anak-anak yatim (mengenalpasti imaginasi mereka), explorace (berunsurkan penerapan kesedaran akademik), E-Learning Skor A, serta barbeque (merapatkan hubungan bersama warga Maahad Darussalam) serta malam persembahan (menghiburkan anak-anak yatim).

Sebagaimana objektif yang ditetapkan untuk lawatan kali ini, kebanyakkan aktiviti atau program yang diatur lebih berunsurkan kesedaran akademik supaya anak-anak yatim di sana dapat membuka mata mengenai kesenorokan belajar dan kepentingan ilmu. Pelaksanaan aktiviti kali ini agak berbeza dengan lawatan pertama yang lebih kepada membina hubungan erat antara anak-anak yatim di sana. Oleh itu, anak-anak yatim tersebut akan lebih yakin pada diri sendiri dan akan punya lebih kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan masa kini.

Diharapkan agar lawatan kali ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam mengusahakan lawatan kali ini. Kepada ahli keluarga Love Symphony, diharapkan agar kita dapat menggembleng tenaga bersama-sama dalam usaha kita mencapai objektif yang ditetapkan dalam projek kita ini. insyaAllah..

Tuesday, March 23, 2010

Financial Status of love Symphony Inc>> Status Kewangan Love Symphony>>

In the latest meeting, we have been discussing about collected funds and donations that have been raised from certain of identified sources. Antara sumber-sumber dana yang diperoleh adalah berupa sumbangan individu, sumbangan syarikat korporat serta hasil jualan beberapa produk; sabun tahan mengantuk, coklat dan kerepek ringan.The sources of the fund raised are the from the individual donations, corporate donations and Love Symphony’s sales revenue of multiple products; soap to hold drowsiness, chocolate and chips. Setelah dihitung, jumlah bersih yang terkumpul pada 23/03/2010 adalah RM3088.00. Once calculated, the latest net amount outstanding on 23.03.2010 was RM3088.00.

Sejumlah besar daripada dana terkumpul ini akan digunakan untuk pembayaran E-Learning (SKOR A) bagi anak-anak yatim Darussalam di mana ianya merupakan fokus utama dalam objektif Love Symphony Inc. A large number of accumulated funds will be used for payment of E-Learning (Score A) for the orphans in Maahad Darussalam where it is the main focus of the objective of Love Symphony Inc.Selebihnya akan dibelanjakan ke arah menambah baikkan kondisi pembelajaran di Rumah Anak Yatim Maahad Darussalam itu sendiri seperti; mini library di asrama lelaki dan perempuan. The rest will be spent to improve the learning conditions and places in the orphanage itself as mini library in the male’s and female’s hostels.

Walaubagaimanapun, pihak sponsor kami masih mengusahakan pengumpulan dana daripada penaja-penaja tertentu.However, the sponsor’s unit are still working on the fund raising from certain parties. Manakala, bahagian logistik kami masih menjalankan jualan produk kami bagi menambah dana semasa. Meanwhile, the logistics unit are still progressing on our products’ sales to help increasing the fund raising.

Selamat berjaya kepada ahli keluarga Love Symphony dalam usaha membantu anak-anak yatim ini dan semoga dipermudahkan Allah dalam urusan kita selepas ini. Good luck for all Love Symphonians in our efforts to help the orphans and may God simplified our efforts in after this.


Pada mesyuarat yang lepas, kami telah mengumpulkan dana-dana dan sumbangan yang telah diperoleh daripada pihak-pihak tertentu untuk dikenalpasti jumlah terkumpul. Antara sumber-sumber dana yang diperoleh adalah berupa sumbangan individu, sumbangan syarikat korporat serta hasil jualan beberapa produk; sabun tahan mengantuk, coklat dan kerepek ringan. Setelah dihitung, jumlah bersih yang terkumpul pada 23/03/2010 adalah RM3088.00.

Sejumlah besar daripada dana terkumpul ini akan digunakan untuk pembayaran E-Learning (SKOR A) bagi anak-anak yatim Darussalam di mana ianya merupakan fokus utama dalam objektif Love Symphony Inc. Selebihnya akan dibelanjakan ke arah menambah baikkan kondisi pembelajaran di Rumah Anak Yatim Maahad Darussalam itu sendiri seperti; mini library di asrama lelaki dan perempuan.

Walaubagaimanapun, pihak sponsor kami masih mengusahakan pengumpulan dana daripada penaja-penaja tertentu. Manakala, bahagian logistik kami masih menjalankan jualan produk kami bagi menambah dana semasa.

Selamat berjaya kepada ahli keluarga Love Symphony dalam usaha membantu anak-anak yatim ini dan semoga dipermudahkan Allah dalam urusan kita selepas ini.

Sunday, March 14, 2010

Laporan Kewangan V 1.0


Pada mesyuarat yang lalu, jemaah mesyuarat Love Symphony telah meluluskan satu resolousi keatas draf kewangan Love Symphony Inc, dan antara draf yang terkandung didalam resolusi ini ialah, beberapa pergerakan wang dijangka akan berlaku, terutamanya kemasukan pelaburan dari luar yang dijangka akan selesai 21 Mac ini. Antara pergerakan aliran wang yang telah dirancang ialah melalui derma dari pelbagai sumber ekonomi, seperti surau-surau tempatan, masjid-masjid dan individu perseorangan. Setiap ahli lembaga pengarah Love Symphony Inc telah diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Love Symphony Inc, Muhammad Faiz Kadir dan Pengarah Bahagian Penajaan, Muhammad Asif Fahmy bagi menggerakkan kudrat mengutip derma dengan berbekalkan surat pengesahan dari Kolej MARA Banting. Selain itu, Bahagiaan Penajaan Love Symhony kini turut bergerak mencari tajaan dari syarikat korporat, seperti yang sedang dijalankan oleh beberapa wakil Love Symphony, seperti Shukriah Razak di CCM Pharmaceutical. Selamat berjaya diucapkan kepada semua ahli Love Symphony Inc dan semoga dipermudahkan Allah dalam menjalankan urusan anda.

Friday, March 12, 2010

Lawatan Pertama Ke Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam Tambun

Buat kali pertamanya, kesemua keluarga Love Symphony berpeluang bersua muka bersama anak-anak yatim di Darussalam, Tambun, Perak setelah Berjaya mengatasi kekangan masa yang tidak mengizinkan di kolej. Perjalanan yang memakan masa hampir 5-6 jam lebih (berikutan lalu lintas yang sesak semasa cuti tahun Baru Cina), akhirnya kami tiba di rumah anak-anak yatim Darussalam pada jam 10 malam.


Tujuan utama lawatan pertama kali ini adalah untuk pelancaran program SKOR A untuk anak-anak yatim yang dilihat berpotensi. Namun, pelancaran SKOR A bukanlah merupakan aktiviti tunggal semata-mata, di mana kami telah berjaya melaksanakan beberapa aktivi sampingan lain – ta’aruf, explorace, nightwalk, senamrobik, radio rosak dan beberapa aktiviti lagi – yang ternyata telah menarik minat anak-anak yatim di sana. Aktiviti sampingan yang dijalankan bukanlah hanya untuk tujuan keseronokan, malahan merupakan salah satu alat untuk menarik minat anak-anak yatim di sana ke arah pembelajaran akademik. Kemudian, barulah pengenalan SKOR A dilancarkan. Sementara itu, keluarga Love Symphony telah dibahagikan secara berpasangan untuk mengambil anak-anak yatim di sana sebagai adik-adik angkat supaya kami dapat lebih mengenali mereka. Lawatan yang berlangsung selama 3 hari di sana telah berjaya membina hubungan yang erat antara keluarga Love Symphony dan warga rumah anak-anak yatim Darussalam di sana.sepanjang keberadaan kami di sana, kami telah dilayan dengan sangat baik oleh Umi dan Ustaz (pengasas kepada rumah anak-anak yatim Darussalam) serta warga yang lain di sana.Sebelum berangkat pulang pada hari terakhir di rumah anak yatim DarussalamJAkhir kata, keluarga Love Symphony ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak – Umi dan Ustaz serta semua anak-anak yatim, pihak yang menyumbangkan sedikit-sebanyak dana, sponsor-sponsor, warga KMB, guru-guru, serta rakan-rakan dll – atas semua sumbangan, sokongan dan kerjasama yang padu sepanjang menjayakan lawatan kali ini. J Insya-Allah, lawatan kali kadua akan menyusul dalam waktu terdekat ini dengan pelbagai lagi aktiviti serta pengisian yang lebih baik. Sekian.

~sedikit gambar sepanjang 3 hari kami disana...
 
riadah pagi

slot kenapa perlu belajar oleh Dr. Saadiah

riadah petang a.k.a. explorace

hasil kreativiti adik-adik

aktiviti malam terakhir

pelancaran skor A

anugerah adik lelaki terbaik
 
anugerah adik perempuan terbaik

Monday, March 8, 2010

Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam Tambun ; Sekilas Sejarah.


Asrama Anak-Anak Yatim Darussalam bermula dengan penubuhan Maahad Darussalam yang diasaskan pada tahun 2001 sebagai sekolah agama rakyat(persendirian) di atas sebidang tanah yang diwakafkan iaitu seluas 1 ekar 17 pol. Tanah ini diwakafkan bersama dengan sebuah bangunan kayu dua tingkat dengan keluasan 120 kaki panjang dan 20 kaki lebar yang kemudiannya telah diubahsuai menjadi bilik-bilik darjah, bilik guru, pejabat, asrama dan bilik penginapan pengetua.
Image035
Pada peringkat awalnya, maahad ini mempunyai 31 orang pelajar peringkat rendah dan 11 orang pelajar peringkat menengah, yang sebahagian besarnya adalah anak-anak  di sekitar Ipoh. Tenaga pengajar pula ialah seramai 6 orang untuk peringkat rendah /menengah sesi pagi, dan 2 orang guru sukarela yang datang mengajar sebelah petang khas untuk peringkat menengah. Pada tahun 2004, maahad ini terpaksa menghentikan peringkat menengah kerana faktor kewangan dan mengekalkan peringkat rendah hingga kini.
Pada penghujung 2007, hasil ziarah ke sebuah asrama anak-anak yatim di Sungai Siput dan beberapa siri perbincangan berkaitan masalah pembelajaran sebahagian anak-anak yatim di asrama tersebut, satu persetujuan telah dicapai di mana seramai 11 orang anak-anak yatim telah dihantar belajar di maahad ini pada bulan Februari 2008.
Dengan perkembangan ini, dan dengan jumlah anak-anak yatim yang meningkat menjadi 25 orang setakat ini, maahad ini kini ke arah menjadi Sekolah Berasrama Penuh Anak-Anak Yatim. Oleh kerana ruang asrama yang terhad, pihak pentadbiran memutuskan untuk menghadkan pengambilan 40 orang anak-anak yatim sahaja dalam satu masa, sehingga prasarana yang kondusif dapat disediakan.

Sunday, March 7, 2010

Update V 2.0

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu sukacita ingin saya maklumkan bahawa beberapa perubahan minimal telah dilakukan keatas laman ini, dengan matlamat untuk menjadikan laman ini lebih mesra pengguna dan data-data yang diletakkan didalamnya adalah bersesuaian dan seiring dengan perubahan semasa. Pihak admin memohon ampun atas kesilapan susunan nama dan jawatan yang terdahulu.

AJK Unit ICT Love Symphony 2010

Saturday, March 6, 2010

Laman Web Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam Tambun

Salam Sejahtera!

Kepada para pengunjung sekalian, kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek yang kami lakukan dan salah satu lokasi projek kami, and boleh layari ke Laman Web Rumah Anak Yatim Darul Salam dan dapatkan lebih banyak info disana! Semoga berjaya.

Friday, March 5, 2010

Sejarah Love Symphony KMB

Bismillah pembuka bicara..

Mungkin pada mereka yang berada diluar sana, pasti keliru dengan apa sebenarnya Love Symphony ini? Apa matlamat mereka dan adakah mereka juga sama dengan projek kemanusiaan lain yang turut dijalankan oleh Cambodian Project ataupun Projek Sehati Serumpun? Berbezakah mereka semua ataupun mereka berada dibawah satu misi yang sama?

Menjawab kepada soalan itu, sebenarnya Love Symphony adalah suatu projek kemanusiaan (humanitarian project) bagi membantu kelompok-kelompok anak yatim yang meminta ihsan dan kasih sayang dari kalangan masyarakat diluar sana. Dianggotai sekelompok warga KMB yang menyedari suara-suara yang merintih memohon ihsan ini, suatu mekanisma telah dibentuk dan jawatankuasa mula disusun bagi memulakan projek kemanusiaan ini dengan menyasarkan Rumah Anak-Anak Yatim Darus Salam Tambun sebagai sasaran projek, maka pada sesi 2007, lahirlah Love Symphony yang dianggotai oleh kalangan pelajar IB Kolej MARA Banting sesi 2007/2009 dan menjadi pelopor kepada projek ini.

Pelbagai perkara telah dijalankan bersama dan mereka berjaya melaksanakan beberapa perancangan menjadi sutu realiti, bagi membantu golongan yang memerlukan mereka. Antara beberapa projek yang mereka berjaya laksanakan ialah, menjalankan fund raising mengumpul dana dan membina sebuah dewan bagi kegunaan anak-anak yatim di Rumah Darus Salam Tambun. Zaman bersilih ganti, dan akhirnya tibalah masa untuk batch 2007/2009 untuk berundur bagi meneruskan misi kecemerlangan akademik mereka di luar negara, dan misi murni mereka telah disambung oleh generasi seterusnya, iaitu batch 2009/2011 yang bertanggungjawab terhadap perjalanan projek ini sekarang.

Menyedari bahawa ianya adalah suatu projek Mega yang memerlukan perancangan rapi untuk matlamat jangka panjang, batch ini telah mula merangka draf dan menyusun strategi untuk membantu anak-anak yatim ini sejak dari mula lagi dan seawal Semester 1 lagi mereka telah memulaka beberapa gerakan mengumpul dana begi membiayai projek mereka. Setelah menjalankan beberapa projek pengumpulan dana seperti jualan coklat, memohon tajaan dari syarikat-syarikat utama seperti PETRONAS, NESTLE (M) BHD, YAYASAN ALBUKHARY, MSC dan KANSAI PAINT,maka mereka berjaya mengumpul dana bagi memulakan projek ziarah mereka yang pertama ke Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam Tambun, yang pertama buat mereka pada 12 Februari 2010.

Kini, dalam mereka meneruskan agenda mereka, mereka lebih proaktif dalam merealisasikan impian mereka dan perubahan terus dijana demi memberikan yang terbaik buat anak-anak yaitm yang perlukan kasih sayang kita ini.

Wednesday, March 3, 2010

Salam sejahtera! Pelancaran blog bagi Projek Love Symphony KMB 2010

Bismillah pembuka bicara...

Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses perbincangan dan diskusi bersama keluarga Love Symphony, kami akhirnya sepakat untuk menghasilkan sebuah blog,bertujuan bagi menyampaikan segala bentuk perkembangan dan kerja yang telah dilakukan oleh keluarga Love Symphony. Dengan berkat idea dari rakan-rakan dan sokongan dari mantan Presiden, saudara Khai dan Puan Rokiah sendiri, saya telah menyiapkan sebuah blog yang bakal dimuatkan segala bahan dan media yang berkaitan dengan perkembangan Love Symphony.

Pada peringkat awal,mungkin banyak kelemahan dan kekeurangan bakal dikesan oleh para pelawat pada blog ini, terutamanya pada rekabentuk dan kemudahan yang diwujudkan didalam blog ini. Dari pihak Logistik, kami akan sentiasa berusaha untuk menaiktaraf dan memaksimumkan accessibility kepada para pengunjung dan semoga dengan itu, lebih mudah untuk segala capaian dilakukan ke blog ini.

Sekian,jumpa lagi!